Tuesday, December 18, 2018


WELCOME  Disember…
Huhuhu 2018 bakal melabuhkan tirai…
Tapi, tgk balik wishlist awal tahun semua xtercapai…..
Ummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Salah siapa? Myb tahun ni aku xcukup berusaha (ayat sedapkan hati)..
kahkahkah..k xlawak.
Umur nak jejak 30 tahun….
Takutnya!!!
Maksudnya separuh abad dah hidup di dunia ni..
Fikir balik apa yg 30 tahun dah buat…
Teringatkan MATI,Akhirat, Pdang Masyar….
Please, doakan aku jadi insan yang lebih baik Guys!!!!

Ajal,Maut,Jodoh bukan di tangan kita….
Tipulah xjelas, melihat kawan2 aku bahagia..
Majoriti anak dah 3-4 orng dah
sedangkan aku masih single…
Kawan sekerja aku,  Ustazah selalu cakap dekat aku
“Myb sbb ko special..Allah bg peluang berbakti ibu bapa, dekatkan diri dengan Dia, dan ko boleh perbaiki diri.. Setiap manusia mmg diciptakan berpasangan.Jodoh ko ada samada di dunia atau akhirat.(hahaha, serius part ni aku xleh nak hadam sikit …kaku jap. Bukan sebab apa, sbb aku rasa nak sangat someone yang boleh jaga aku…. =(  
Percaturan ALLAH swt INDAH.. Bila sampai masanya, barulah ko sedar. Semua ada hikmahnya…Ko tgk org bahagia tapi derita dia ko nampak? Org lain Nampak ko bahagia, single, kaya, travel ,harta banyak..k,ni tipu..hahaha. Percayalah, jalan hidup setiap orang berbeza but yakinlah penghabisan hidup AKhirat yang kita semua kejar…Dunia ni sementara sahaja.
Jodoh ni bukan boleh pilih, ambil, beli,bayar… Ko xtahu jodoh ko kat mana.. Mcm aku kawin dengan jiran sebelah rumah..membesar bersama dan akhirnya siapa sangka jodoh aku dia. Umur  36 tahun baru sampai jodoh dan kahwin. Klau aku mmg tahu dia jodoh aku, agaknya aku lepas SPM terus aku kahwin. Tapi, tgklah takdir aku.. Tengok, saat aku kahwin kami stabil, ada kerjaya dan matang. See, masanya tepat untuk jodoh datang. Tengok kwn ko, Fifi..Bercinta 10 tahun, tapi jodoh xpanjang seminggu kahwin suaminya kan meninggal. Takdir kita xsama. Yakinlah ALLAh Swt tahu yg terbaik utk hambanya..Yg penting doa, usaha, tawakal.-SEkian(fokus gler aku semasa berbincang ni sampai aku boleh taip sebijik ayat dia.Thanks  Akak S..I love you!!!
Then kerja, ada turun naik..
Entahlah, malas nak citer….hahaha…

Oklah, nak siapkan kerja !! Assalamualaikum..
P/s: Azam nak diet tapi asyik ke laut….
  
Malas,
Malas
Malas
Sekaa…









Monday, November 19, 2018

- Sedikit update-

Penghujung 2018 bakal tiba....

Imbas kembali tahun ini...
Azam yang berjaya tercapai...
Apa yang masih belum dilaksana...
Apa yang hilang dan bakal berganti!!!

Masalahnya..hahaha diri xberusaha untuk mencapai...

Sebenarmya banyak nak citer tapi malas nak tulis..
so, see u di en3 lain..

k Byeeee..


Saturday, June 30, 2018

-HB 4 me-

#En3 ini tidak menarik untuk dibaca.... sila tekan X. Sekian!!!

JULAI datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Alhamdulillah, genap29 tahun bernafas di atas muka bumi ini..

Bersyukur xterhingga atas segala nikmat dan kurniaan sepanjang 29 tahun di dunia ini...
Terima kasih xterhingga kepada my Parents n adik-beradik yang sentiasa di sisi .Saya sayang kamu semua hingga ke SYURGA.
Buat sedara mara, teman,kawan2 terima kasih melakarkan warna di atas kanvas diri ini ....

Rasanya, diri semakin matang..Tinggal setahun lagi akan berganjak ke 30-an..

Waaa mcam xpernah terbayang diri ini...
Rasa masih lagi ting 5..
Masih lagi duduk bermain kejar2, mengumpat, cinta monyet, syok sendiri, gaduh2 manja dengan kawan2...
Serius, jika ditanya apakah yang buat aku paling suka ialah, zaman 5 sains& form 6A1..Kalian memory terindah...

Buat guru2 yang mengajar kalian sentiasa dalam doa saya..Terima Kasih, jasamu dikenang...

Buat rakan2,percayalah, saya bahagia melihat kalian bahagia... Dari kawan sek ren,men,ting 6, uni, praktikal Tahniah semua...Masing2 dah ada keluarga n baby. Semoga kalian bahagia hingga ke syurga. Amin. Doakan saya juga.... -Senyum-

Buat Crush, hahaha saya masih suka awak!!! -Ok, sila pengsan!!!-

 Peringatan:En3 ini panjang sedikit

-Guraulah, itu cinta monyet... tapi kelakar bila ingat balik...walau di mana sahaja awak berada saya doakan awak dapat jodoh yang terbaik dan sukses dalam kerjaya dan hidup.

Terima kasih sebab awak pernah buat saya rasa bahagia... Buat saya tahu perasan menyukai seseorang dan apa rasanya bertepuk sebelah tangan.... Sadis woooiii. hahaha
Setia sampai sekarang ingatkan awak..

But, Don't worry...saya redha dah sekarang kita xda jodoh.... -hahaha, entah bila, saya pun xsedar bila saya dah mula X sukakan awak....See, mungkin sebab saya dah redha antara kita xmungkin ada apa2 atau sebab saya jumpa crush lain atau semakin umur meningkat saya dah matang.... Mr.H/Mr.X/Mr.I/Mr.S saya pun dah xingat apa gelaran utk awak...

tapi jgn risau namamu pernah terpahat di hari...cewaaaahh  
Saya delete nom,saya padam gambar, saya block fb,insta,twitter, xambil tahu lansung..
Hakikatnya, kdg2 saya stalker awak... Gembira lihat awak bahagia.... ITU DULU...
Rasanya last saya stalker awak awal 2017... 
Lepas tu saya xcari awak dah, dah xkisah pasal awak...Sebab awak dah awak dah berpunya...
Saya dah xstalker awak..Until awal tahun ni tetiba curiosity kills the cat... Hahaha..
Rupanya awak di bumi maple... Congrats semoga kerjaya awak terus sukses..Personal life awak saya xtahu sebab awak block my fb rupanya... -Sedih- tapi xpalah, mungkin awak rasa saya ni menyibuk kan...   U'r my Idol once upon a time...Xsia2 awak jadi role model saya...
But, NOW, saya dah xheran dengan awak.... xkisah dah awak dah kawin ke belum as long hidup awak ok..Malah, rasanya awak pun mesti dah xingat saya..Maklumlah last jumpa pun 2014/2015 xsilap...saya pun lupa... tapi dalam lupa tu sempat lagi taruh hati semoga kita berjodoh.Terfikir, apasal lah aku ni suka sangat2 kat dia ni?  Mungkin diri ini kurang kasih sayang dulu agaknya!!!
Maafkan saya!!!

Umur 29 ni buat saya matang....Apa saya rasa, B._._._._..nya saya dulu... Kenapalah harapan setinggi Gunung everest saya gantungkan..Nasib xgantung sampai ke bulan..Lau x dah jadi alian dah saya ni

-Fine, xkelakorr- hihihi  (Maaf, penulisan xmenggambarkan usia 29 tahun)

TAPI, sekarang ni saya nak gtau yang saya rasa saya dah hilang minat dekat awak,mungkin saya sedar bahawa ALLAH pegang hati seseorang dan dalam masa yang sama dia boleh bolak balikkan hati... -Senyum...  atau mungkin saya dah terima kenyataan bahawa "kita" xkan pernah wujud.


Sejujurnya, saya pernah menolak hati2 yang datang...

Mungkin sebab harapan yang setinggi gunung everest tu agaknya.

 Berharap akan ada "kita".. 


Sampai satu tahap saya tutup mata n hati saya..Agar saya sentiasa ingat awak sahaja.. 

Bodohkan kan saya...

Dah lah syok sendiri, bertepuk sebelah tangan..Tapi keyakinan saya dulu tu patut diberi pujian tau..hahaha   sedar x sedar 11 tahun kot saya boleh simpan perasaan dekat awak... Walhal awak anggap saya xlebih macam adik / S....... sahaja.

 Malah, saya berani kerat jari  ayam yang awak Xpernah sedar kot yang saya suka awak...
Tapi, mustahil,(anggapan saya)  sebab ingt x tahun 2018 masa call awak jelesss sbb abang kawan saya..Hahaha.  Awak macam bagi saya harapan atau saya tersalah tafsir???

Saya xpasti awak sedar atau x yang saya teramat sukakan awak. Pernah berdoa agar dijodohkan dengan awak (Zaman hingusan).. hahaha gler, zaman sek n ting 6 buat saya mcm stupid sedikit sbb macam2 buat nak tarik perhatian dia... 

Kelakar bila ingat...
. See, awak dah jadi satu memori terindah hidup saya.. 
Tanpa awak, myb saya ni gedik dan xstudy betul2..
 Al-maklumlah zaman semua org couple, saya xheran sbb saya berharap nak kat awak ajer... so, im fokus study, abaikan segala cinta2 tu, salam perkenalan xdilayan.Sanggup ckp dah ada BF sbb xnak kena tackle.


Apa2 pun sbb crush dengan awak, saya study sungguh2 agar sama level dengan awak, buat yang terbaik agar nampak bijak n nak buktikan yg saya boleh jd terbaik.
Hikmah yg saya fikir sekarang saya dah berjaya.!!!

(eh2, sbb nak banggakan family sekalilah... kan mak cik membawang lak )
Insyaallah, dlm planning nak future study.

Last sekali, penutup kisah awak Mr. Crush.

Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya..Banyak bagi semangat masa saya form 5&6.
Mewarnai kehidupan saya walaupun saya syok sendiri xkisahlah. Yang pasti, awak antara idola saya samada awak sedar ke xsedar. 

Terima kasih utk kenangan2 terindah.


Seandainya, suatu hari nanti kita berjumpa, anggaplah saya sebagai adik/bekas S... awak.
Tegurlah saya jika awak masih ingat diri ini..Namun saya xkan tegur awak dulu.(segan kot, p tegur jap lagi dia tanya awak sape?  ha, nak jawab pe.... ) hahaha
Mungkin di waktu itu, saya n awak dah bahagia bersama org lain.
Semoga kita berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat .Amin
-Diharap lepas ni bila buka Blog ni xder dah saya meroyan pasal Mr.Crush...-
Myb lepas ni citer pasal me n my future husband... Amin.


Next, about kerja saya...

Masih tertanya ke saya kerja apa?
Kerja makan gaji ajer...Alhamdulillah rezeki halal menyara hidup..
Doakan, kerja saya ni pahala untuk saya bawa ke akhirat nanti.Amin
Susah,penat letih, give up semua ada....
Tapi, kepuasan kadang2 ada kadang2 xder..
Tapi, tulah kerja saya ni warna warni...
Hari ni marah, esok dah berbaik-baik
Segan nak habaq cheq kerja apa... ahahaha
Semoga saya n rakan sejawat terus istiqamah dalam perkerjaan.
-Penulisan xmenggambarkan tahap intelektual saya-senyum-

Ok, then part Jodoh. Masih lagi menanti yang terbaik untuk hadir.


Di saat semua rakan saya bahagia dengan family, ada rakan yang diuji suami meninggal awal, anak meninggal, bercerai. 

Percayalah, ada hikmah untuk kalian semua... 
Jangan bersedih.
 Ingatlah masih ada yang sayang kalian. Hidup perlu diteruskan. 
Cakap memanag mudah sebab kita xmerasai.
Tapi, percayalah, aku n mereka ada sentiasa di belakang korang.


Pertanyaan  sentiasa ditanya bila berjumpa..bila nak berdua..

Hanya mampu tersenyum dan gelak..
yer aku percaya Allah yg tentukan. Mungkin bukan masanya aku jumpa org yg tepat...

Pujuk hati, Allah akan hadirkan aku seseorang yang tepat pada masa aku dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu,menantu,kakak ipar, ..
.Yalah, sbb semua duk cakap2 aku memilihlah,tolak jodoh dululah, xlakulah.Sampai tahap suruh aku berubat dengan ustazlah,mandi bungalah.. .. 
hahaha pujuk diri sendirilah nampaknya.
Xda jodoh lagi, mungkin rezeki dapat bekerja, melancong, balik umh mak..
.Bila cakap camni, biasa org kata pujuk hati sendirilah..
Tapi biarlah..Sampai bila kita nak org faham kita.
 Kalau diorg xnak faham jugabioleh blahhhh..hehe

Diri sendiri..Next year bercita2 nak sambungbelajar dan melancong

Semoga diri ini sentiasa bahagia..
Walaupun onak dan duri akan tetap diharungi...


So,


HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF(LEAYA)


SEMOGA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK, BAHAGIA, SABAR, MENJADI MUSLIMAH YANG LEBIH BAIK DAN DI DALAM RAHMAT ILAHI. SEMOGA DITEMUKAN JODOH YANG TERBAIK DAN ZURIAT SERTA KETURUNAN YANG SOLEH SEHINGGA KE SYURGA. AMIN



P/S: Diharap penulisan blog saya lepas ni lebih matang sesuai dengan peningkatan usia dan xdalah citer2 merapu saya. Mungkin lepas ni kita boleh bincang pasal kuasa dunia, mata wang, harga minyak, sukan, politik sosial ..bla..bla..bla=) hahaha



*Semoga hari anda semua lebih baik dan bahagia sentiasa...Diharap kalian semua sentiasa di dalam rahmat ilahi.. Hidup ini perlu diteruskan... Be a better man from yesterday ok...GOOD LUCK in whatever u do dan jangan mudah GIVE UP.


Adios...Jangan rindu saya..

Tq siapa yang baca sampai habis...

Wednesday, April 18, 2018

Peringatan... ini en3 merapu..hahaha

So, sekarang dah bulan APRIL....cepatnya masa berlalu.
Rasanya baru semalam tahun 2017, sekarang dah tahun 2018....

Banyak benda dah berubah... :)
ada yg hepy ada yg sedih, ada yang gembira, ada yg kecewa..

Hidup saya, alhamdulillah makin berumur rasa dah makin matang sedikit...
Kalu dulu sikit2 nak bergantung dgn org. Sekarang semua cuba buat sendiri..
Yes, Im a Big Girl sekarang..hahaha

Dunia kerja, banyak nak diceritakan..
Namun, xterluah sebnanrnya...
Ada suka, ada duka..
makan hati tu adatlah.... Sampai kenyang rasa...
Tapi, kadang2 kepuasan bekerja tu ada...
Masa tu rasa berkobar-kobar nak buat kerja..
Rasa nak bermalam terus tempat kerja...
Bila mood down, terus rasa nak pindah, nak resign.
hahaha..
Yg penting, ikhlaskan kerja utk dapat rezeki yang halal...

LIFE as a single ...
hahaha see nak start en3 merapu ni...
Smlm pergi shopping brg dapur..
Akward gilerrrr ..hahaha saya sorg2 shopping..
Tgk2 org lain bercouple, laki bini..manja2..Fine, jelllyyyy
Hahaha.. masa tu terdetik dalam hati..
"Ya Allah, kurniakanlah jodoh kepada aku sebagai peneman dan pemimpin menuju ke Jannahmu...."
Rasanya, makin berusia hidup ini, rasa sepi kian muncul..
Mungkin sebab kawan2 yg sebaya, teman lepak dah ada life masing2...
So, rasa keseorang....
Kata kawan saya yg ala utzh "Tuhan bagi ko rasa kesunyian supaya ko ingt dia, mengadu dengannya, dia nak dgr ko berbicara dgnNYA,minta dariNYA. "
Aku, diam dan muhasabah diri...
Betul, mungkin ini masanya aku siapakan diri jadi manusia yglebih baik...
Mungkin, aku belum cukup baik utk dia...jadi perlu baiki diri supaya boleh nanti bersama2.. hahaha

Hai jodoh... Mai lah cepat...
Lamanya sesat jalan...
Ke ada yg tolong jagakan...Please...
Munculkan diri.. hahahaha




Saturday, March 3, 2018

Semalam

Cerita semalam...

Jumaat sabtu hari  bermalas-malasan...

Tgh2 nk tido ada msj masuk...jemputan kahwin...
Alhamdullilah, kwn baik masa kecil dulu nak bina masjid...
Terkejut sebab mcm lama dah xberhubung..
Insyaallah akan cuba cari peluang utk hadirkan diri...
Yg xblh blah, xcam no saper..
Siap wish, borak2 lepas tu baru tanya,
"Eh, ni nurul kan yg dulu2 kita selalu..........."
"Bongok leaya... ko borak ngn aku br nk tanya sape"
See dpt bongok sekali....hahaha
Happy utk kamu dear...lepas ni jgn meroyan kat fb duk cari iman ko kat mane dear..hahaha smpai aku hide status ko sbb sikit2 update status...hahaha jahatnya aku...

So, msj2 keluarlah ttg aku...
Hahaha si nurul yg baik,
"Leaya, ko dtg awal sikit, klau blh sblm rombongan laki smpai sbb aku kenallkan sedara bkl laki aku, ustaz, baik orangnya"
Aku, diam jap xtau nk reply apa...hahaha
"Datang tau, aku baik punya planning ni.aku dah habaq laki aku ni"
Diam lagi aku...duk fikir nk reply apa
"Cik kak ko pehal diam jer...mai awal sikit blh aku briefing sikit2.. xpun, klau ko dtg awal, blh stay kenal2 mana2 calon lain. Ko senyum ajer duk kat meja tu"
Aku, diam lagi last selali reply
"Emmm ko nak suh aku jd pyambut tetamu ke apa ni? Pe ke hal aku nk senyum 24 jam tu? Nnti org kata aku sewel... xpyh nk brief pe2.. hahaha
Cadangan ko tu klau sempat ada jodoh jumpalah..aku xleh stay lama. Kena duduk kejap ajer ni. Hahaha"

See, saya ada byk kwn yg baik sebenarnya..ikhlas dr hati..
Mereka2  sentiasa membahagiakan saya..
Membantu saya cari kebahgian...cuma mungkin masanya belum tiba...

Saya yakin yg terbaik akan tiba pada masanya... -smile-

Entahlah, akhir2 ni byk fikir pasal jodoh sebenarnya. Tapi sbnrnya, saya cyma nk org blh terima keluarga saya. Tambahan pula, saya ada adik OKU . Risau penerimaan org dekat dia dan family saya..

Sbb sejak adik saya disahkan oku ni perasan, ada org mula pandang lain dekat kami... kami xminta, dia xminta, tapi itu takdir... saya sygkan adik saya...
Sori, xrasa nk berkongsi dgn lebih dalam...cukuplah tahu adik saya oku.

Rasanya, tu lah satu faktor kenapa susah sy nk dekat n terima org lain..
Sbb saya takut diorg xblh terima family sy...sedangkan keutamaan sy keluarga...

Sebab tu sy sejak kecil sebenarnya dah biasa berdikari..
Cumanya, bila besar mmg sy boleh berdikari tanpa harapkan sesiapa..
Drive kl,jhor,phg,tggu,kltn,perak dah biasa dengan cik vivi sy...😆😆 owh itu nama kereta saya....
Biasa berdikari...
Family saya risau plak sbb saya dah terbiasa berdikari. Takut smpai sy xperlukan lelaki sebagai pelindung...

Hahaha...
Suami mmg penting... tapi, kalau xda nak buat camna..nak xnak kena berdikari kan... mals nk pikir pasal jodoh... sbb benda ni bukan mcm beli oren kat pasaraya...pilih2 dan bayar.. kalaulah semudah tu senangnya hidup semua..
Ni nak jumpa lelaki blh kira ngn jari...rakan sekerja semua dah kahwin. Kawn2 u, sek  dah kawin..crush pun dah kawin..
Ummm keluar jln2 xda tersepak @ terpijak jodoh... hahaha
Habis tu nak cari mana..
Kakak sy kata masuk portal cr jdh..tapi xberapa nk sbb xkenal..
Lgpun, sy selalu kata nj hidup bkn sekali dua, tapi hingga syurga..
Zil, kwn sy kata sy high taste...xsedar diri..waaaaa
Bkn camtu...sy nak yg secure...yg blh jg n yg blh terima kelemahan saya...
Rasanya, sembang jodoh ni sampai xhabis...
Hujung thn ni berazam nak tamatkan zaman bujang...calon xda lagi..hanya mampu berserah sahaja sekarang ni...

Ya Allah, kau berikanlah jodoh yang terbaik untuk ........... binti ....... leaya ini..
Aku percaya dan yakin dengan qada dan qadaMu . Ami .

Btw, ada org2 curi2 buka laptop saya...dia baca blog ni...(lain kali sila delete history)
Hi awak, adik junior n kakak senior...
Silalah stalk .... hahahaha
U know who you are...
BTW, nak PESAN " X baik buka brg org, ggu privasi n curi2 baca"..

Adiosss tq utk yg sudi baca..



Wednesday, February 28, 2018

Bosan

Dah lama xmenulis

28/2/2018 dah berakhir bulan 2.
sekejapnya berlalu...
macam2 perkara berlaku...

Masih lagi bergelar cik, hidup xbanyak berubah
kerja, kerja,kerja...
rutin harian yg sama...
Cuba mencari ruang utk diri di sebalik kesibukan..
namun tetap kebosanan...hahaha

Kawan2, alhamdulillah semua dah bahagia dengan anak2 msg2..
tapi rezeki semua org xama..
aku bahagia dengan kerja, duit, life, travel
mereka bahagia dengan keluarga.
Aku cemburu kebahagian mereka...sekian
Insyaallah, Yakin dan Percaya bahagia aku pasti akan muncul... :)

ummm....
hahaha rasanya blog ni dah jadi blog syok sendiri sebenarnya...
bakal memasuki 30-an tahun depan :)
tapi bila baca blog ini terus rasa cam eh..eh itu saya ke yg mcm ngader2 hahaha
rasa usia xsesuai dengan perangai...

Habit yg nk ubah buat benda xfikir dahulu...
lepas tu baru menyesal... :)

nak story kisah cinta xkesampaian sebenarnya... :0
see, bila ada masalah, bila stress, bila sedih baru ingat blog... 
klau x mmg xjengah lansung...
still xmatured perangai... hahaha

Tetiba jer trjadi....tersukaaaaaaaaa tanpa sengajjjjjaaaaaaaaa..
entahlah, betul kata mereka.
hati ini ALLAH SWT yg pegang...
sekejap ajer Dia boleh bolak balikkan...
Xterjangka, xterfikir boleh tersuka org tanpa sengaja...
yg xboleh blah, muda around 3-5 tahun camtu..
waaaaaaaaaaaaaaa   sebaya umur adik...
entahlah, suka tgk muka dia yg tenang tu...nampak bahagia sahaja...
tapi ibarat langit ngn bumi dengan saya...
baru jer fefiling nak bahagia... tup2 dia kabo dah ada girlfriend...
so, hati  yg jatuh, terus saya kutip ...(fuh...fuh, tiup2 habuk, lap2 sikit, polish yang calar, tapi still ada)
ambil terus simpan dalam dada kembali... :)
tapi, kalau xnak saya jgn bagi harapan, jgn layan saya dengan baik, jgn caring, jgn asyik pandang saya, jangan asyik nak senyum tanya khabar, jangan asyik buat baik, yg penting jangan dekat dengan saya....  saya ni dah lah asyik syok sendiri, lepas tu awak dekati saya, sy anggap adik n kakak...awak kata rakan sekerja, rakan baik.. Seee lelaki n prmpuan xleh jd best friend.....
Buktinya, saya suka awak.... sob...sob...sob
jap, suka bukan cinta kan??? confius dgn hati sendiri pulak ni...
Agaknya nak masuk 30 an ni asyik kesepian ajer kan ni... mudah sangat jatuh hati..

But,my all dear friend, jangan risau...
saya xdesperadooo lagi... xterdesak..
pasti, keputusan yg semumur hidup saya pasti akan fikir baik2..
Ya, mmg perlu fikir 100x pasal nk hidup bersama ni...
seandainya dia jodoh saya , saya terima
Seandainya lebih baik jodoh saya org lain saya redha...

Teringat seorg kwn bagitahu..
"ko ni memilih sebenarnya. Pernah dengar  pasal kisah ini...... ko ibaratnya dia... ko pergi padang yg besar ko jumpa bunga yang cantik, ko berhenti dan ko tenung bunga tu, lepas tu ko berlalu...ko jalan ke hadapan ko jumpa bunga yg lagi cantik, ko berhenti dan melihat dan ko teruskan perjalanan sebab ko rasa di hadapan masih ada lagi banyak bunga yang cantik. Akhirnya ko tinggalkan semua bunga2 yang cantik utk petik bunga di hadapan lagi. Malangnya, sampai satu tahap, ko terpaksa petik bunga yang xcantik di akhirnya,sebab itu pilihan terakhir yang ada sebab ko penat dan takut akan jumpa bunga yang lagi buruk di hadapan. Itu ko. ko kena berani petik sebaik sahaja ko jumpa bunga yg ko suka. jgn duk berharap di hadapan ada lagi cantik"

Spechleeeees aku jap... macam betul ajer yang dia buat..
Klau tanya aku,yer pernah hati ini rasa menyesal sebab aku pernah tolak beberapa org yg baik dalam hidup ini sbb aku yakin masih ada yg lebih baik di hadapan. Malangnya, aku tersilap. aku xjumpa mcm diorg dah... Xbaik mengeluh, tapi mybe itu ujian aku.. :)
AKu berharap akan jumpa yg terbaik...

okalah esok kerja..
nnti lain kali sambung mencoret lagi..
banyak kerja xsettle lagi..
Adiossssssss









Friday, December 29, 2017

HI... 

TAHUN 2017 SEMAKIN BERAKHIR...
TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI... 
BANYAK KENANGAN SUKA DUKA

Azam tahun ni nak menulis dengan banyanya post..nak update..
hahaha semua tinggal impian sahaja..
salah siapa?
Akukah yang bersalah.....????  -sedih-

Ok, campak balik JANUARI 2017
Pernah berazam:

1. Tamatkan zaman bujang
    -Masih lagi single and kosong... Jodoh belum tiba..Yakin Allah swt dah tetapkan yg terbaik 
(utk makcik2 bawang merah, bawang putih, jodoh ni bukan boleh beli di pasar.)

2. Menyambung Master.
-Impian yang masih cuba digapai..ok, next year habis kontarak. Forward tahun 2018

3.Menunaikan Umrah
-Tahun ni xberkemampuan dan xsempat capai. bawa ke tahun hadapan 2018, semoga Allahswt permudahkan segala urusan dan dijemput ke rumahNYa. Sangat teringin nak jejakkan kaki ke sana menziarahi dambil menyelusuri sejarah dan melihat ciptaannya ..

3.Pindah tempat kerja
Masih di sini... hahaha tabahkan hati cakap khidmat masih diperlukan.. cuba bekerja sebaik dan seikhalas hati. Dunia pekerjaan makin mencabar.

4. Kumpul Aset dan duit
-Masih tidak berjaya. Bajet masih lari. ok tahun 2018 cuba sebaik mungkin

5.Travel
-Xpergi mana2... xpalah cuti duduk kg..senang hati dapat lihat n berkumpul dgn family

So, yg mana gagal xberkesmpatan tu bawa ke 2018... Amin semodah dipermudahakan segalanya... :)

Adiosssssssss