Nuff

Monday, June 20, 2011

~karma~

~Karma~

Hidup ni mmg ad karmanya. Tak semua yang berada DI ATAS akan sentiasa kekal Di ATAS. Malah, yang ATAS akan TETAP jatuh ke BAWAH. Yang DIBAWAH tidak akan sentiasa kekal di BAWAH malah akan Naik KE ATAS JUA.  Setiap perbuatan BURUK dan KEJAHATAN pasti aka nada BALASANYA. Malah, setiap  KEBAIKAN yang kita buat pasti ada ganjaranya. KITA HARUS PERCAYA DOSA DAN PAHALA. Walau sejahat mana sesorang itu, semenyampah n sehati busuk sebusuk-busuknya pasti akan ada jua balasan. Mungkin balasanya bukan di dunia tapi akhirat itu pasti!!!
Ini satu kesah kehidupan.  Bila hidup mula materialistik, harta benda  jadi rebutan, tanah luas dan banyak mula mencuri tumpuan kadang2 hubungan sedarah , seibu, sebapa, sekeluarga mula tidak bernilai. Semata2 kerna tanah dan wang ringgit hubungan akrab bertukar menjadi satu permusuhan, adik beradik umpama orang luar,segala tali persaudaraan mula putus hanya kerana HARTA DUNIA. Kejujuran dan ketulusan hati mula disalah tafsirkan. Segala kebaikan yang dilakukan mula tidak dihargai, segala keburukan orang lain dicanang sekeliling kampung.
Sebenarnya, bukan kesah harta dan benda yang ingin diceritakan tetapi ttg “karma”. Ada seorang nenek tua tinggal bersama anak menantu n cucu.  Nenek ini sangatlah sayangkan semua cucunya  dan anak menantunya. Dilayan mereka dengan baik namun sayang, madu yang diberi tapi dibalas dengan tuba. Anak menantu n cucu menganggap orang tua itu sebagai orang gaji. Segala kerja rumah dibuat oleh nenek tua ini. Kudratnya tidak sekuat mana namun terpaksa melakukan pelbagai kerja. Malah, nenek2 ini terpaksa menanggung makan minum anak menantu dan keluarga di rumah . Perbelanjaan dikeluarkan oleh nenek ini dan mereka semua sering mengambil kesempatan meminta wang dari nenek tua ini. Segala wang ringgit habis dikikis oleh cucu2. Masa hendak meminta begitu manis mulut bila dah dapat kata2 hinaan dilemparkan. 
Makan minum sakit deman nenek tua ini tidak diperdulikan oleh orang serumahnya sebaliknya jiran2 berhampiran menghulurkan bantuan. Di depan orang ramai anak menantu sekeluarga ini akan berpura-pura sebagai corang yang bertanggungjawab. Tidak dibenarkan trun membuat kerja dan seolah-olah mereka menjaga dengan sempurna. Namun, bagi orang sekeliling perangai anak menantu ini sudah dalam tangan. Mereka sudah biasa dengan kepura-puraan itu. Ibu,bapa,n anak2 sama sahaja perangainya.Malah jika anak melayan nenek dengan teruk ibu bapa hanya tersenyum sahaja melihatnya,Malah, ada kalanya mereka menambah-nambah lagi. Begitu teruk perangai mereka.
Namun aku terfikir sebenarnya, jika anak nenek tua itu sendiri melayan ibunya dengan teruk adakah dia x takut suatu hari nanti anaknya akan mengikut perangainya dan melayannya sendiri dengan teruk?? Adakah dia  sedar sebenarnya  setiap yang berlaku itu ada KARMAnya? Mungkin sekarang dia melakukan itu kepada ibunya, tidak mustahil pada masa akan datang anaknya akan melayan ibu bapanya seperti itu. Manusia belajar dari masa lepas. Jika begitu dia melihat ayah n ibunya menjaga nenek mereka, suatu hari nanti mungkin dia akan melayan seperti itu kerana dia lihat dlu ayahnya pun mcm tu. Sebenarnya ini bukan satu kesah drama tapi sebuah realiti  hidup. Kasihan melihat nenek tua itu, benci melihat anak menantu n cucu
P/s:  Sesungguhnya aku berharap aku n family serta kita semua tidak menjadi seperti anak menantu nenek tua itu. Seharusnya kita menyayangi  dan menghargai orang yang telah melahirkan kita ke dunia ini.  LEARN 2 RESPECTS OTHER AND OTHER WILL RESPECT U!!!


3 comments:

  1. tak patut depa buat mcm tu kt nenek tu..trok tol la..
    sian nenek tu..

    ReplyDelete
  2. nurul jannah,Aida Omar: perangai manusia sukar nk duga~

    ReplyDelete