Friday, August 26, 2011

~alergik~

*en3 ni agak panjang sedikit yer.Harap Maklum.*


Rasanya setiap orang ada binatang yang k’orang semua menyampah n takut kan. Kali ni nak citer ttg binatang yang k’org fobia, takut, alergi,benci,menyampah. Binatang ni klau k’org jumpa@ Nampak@terserempak mesti rasa nak lari sekuat hati sampai kutub utara, nak lompat tinggi2 biar sampai angkasa, nak gali tanah sampai ke kerak bumi, nak sembunyi dalam jurang marina. Fine, perumpaan yang diberikan agak melampau.huhu
First nak citer psl adik lelaki aku yang berumur 20 tahun. OMG, aku sentiasa  rasa nak lempang smpai tercabut gigi, nak tolak dalam kolam buaya n paling penting rasa cam nak patah2 kan ajer tulang dia bila tgk reaksi dia bila jumpa haiwan yang dia takut,alergik,fobia. Dia berbadan agak tough walaupun xlah setough mana pun..huhu,muka dah hensem dah  Chinese  Look. Nampak macam berani sangat. Tapi lau jumpa C.I.C.A.K  ish..ish.. memalukan betul. Tengok cicak di  siling rumah  mula menjerit, melompat-lompat panggil orang suruh halaukan. Kalau cicak jatuh dekat dia boleh dia melompat  n lari sekuat hati pergi jauh2.  Kalau dia takut,fobia, alergik ngan harimau ke, singa ke, beruang ke,tikus ke xpalah. Xkesah sangat tapi ngn CICAK cam xleh terima lak. Membuatkan aku rasa cam geram semacam ajer ngn dia.
Then adik aku yang gurlz umur 17 tahun. Ha, dia ni lagi teruk . P.A.C.A.T. Pantang nampak pacat mulalah menjerit sepenuh tenaga sampai habis nak terkoyak peti suara tu. Pernah sekali pacat naik atas kaki dia, boleh dia berteriak,menjerit sambil melaung-laung nama kami semua. Ingatkan cedera ke hapa, rupanya sbb PACAT ajer. Hampir sekampung boleh dengar suara dia. Buat kesabaran aku hilang ajer. Cubalah lau orang ada sakit jantung, terkejut sampai KO kot lau berada kat situ. Lps2 sekarang pindah umah dekat sawah,bendang maka makin banyaklah haiwan bernama pacat ni. So, makin keraplah telinga ni kena tadah bunyi jeritan dia.
Ok, now pasal aku lak k. Haha, segan lah nak cakap. ..hum xnak cakaplah tapi tangan still gatai nak menaip. Sebenarnya aku mmg paling takut,alergik,fobia ngn binatang ni. Dia berkaki 4, berbulu, ada telinga,mata,hidung,gigi. Binatang ni agak manja n ramai org buat Pet. Tapi aku mmg X bolehlah ngan haiwan ni . MMG SGT takut,alergik,fobia ngn K.U.C.I.N.G.  Xkesahlah orang nak ck papa. Tapi SERIUS aku mmg sgt2 takutkan KUCING. Ingat zaman sekolah dulu pernah ada kucing masuk kelas n duk bawah kerusi aku sanggup aku berdiri naik atas meja. Semua orang gelak n ada yg ckp aku ni mengada-ngadalah. But, nak buat camna mmg xboleh dekat ngn haiwan ni. Pernah juga sekali sebelum cuti sem masa final exam, ada seekor anak kucing yang gedizz gler nak bermanja duk gesel2 kat kaki orang. Tup-tup anak kucing 2 datang kat aku, aku pun jalanlah p jauh ckit, tapi anak kucing 2 mengada-ngada betoi lah. Boleh dia duk ikut aku, makin jauh aku pergi makin dekat dia datang. Masa 2 ngah beratur tunggu bus, sanggup aku yang dah duk depan p duk belakang sekali .Then anak kucing 2 still ikut lagi, last sekali teka aku buat apa??
a)Aku berlari-lari then balik umah.
b)Aku biar ajer  anak kucing tu bergesel dekat kaki aku,
c)  Aku sepak kucing tu ~uish, setakut,sealergik,sefobia ngn kucing X sanggup aku nak seksa binatang oooo ~
d)aku tebalkan muka mintak tolong orang usir kucing tu.
e) aku menangis kat situ sambil duk bersembunyi belakang orang lain...

hahaha yang pasti sangatlah kelakar n jadi kenangan dalam hidup aku ni~

~THE END~
P/s: Sebenarnya, semua org pasti ada haiwan yang kita alegik but pandai2 lah control. Nasihat tuk diri sendiri..hehe  ~nak letak pic tp line low sgt2~

Wednesday, August 24, 2011

~...~

Ramadhan yang semakin sampai ke penghujung~ Entah masih sempat lagi kita bertemu ramadhan lagi pada tahun hadapan? Semakin penghujung ramadhan, orang sudah sibuk berpusu-pusu ke mall, menyiapkan untuk menyambut aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Masjid tidak semeriah seperti awal ramadhan, jemaah untuk berterawih semakin kurang..Masing2 sibuk membuat kueh, menjahit langsir baru, mengecat rumah. Aku antara salah seorangnya... =P.  Sesungguhnya, semoga amalan kita semua sewaktu bulan ramadhan ini akan diterima oleh-Nya. Semoga juga ramadhan kali ini telah memberi seribu makna baru dalam hidup kita. Dalam sibuk kita membuat persiapan menyambut hari raya, jangan lupa untuk mencari malam lailatuqada. Lipat gandakan usaha dan amal ibadah kita di pengujung bulan yang mulia ini.

P/s: Dalam excited nak mengambut aidil fitri, jangan kita membazir dan jangan lupa pada golongan yang kurang bernasib baik dari kita. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tuesday, August 23, 2011

~jalan2~


Alhamdulillah cuti sem kali ni agak gembira sbb diberi peluang utk berkunjung dan menziarahi sanak -saudara. Sebenarnya agak lama dah X pegi umh sedara mara . Selalunya hanya parents n adik yang bongsu ajer lau pegi pun. Tapi disebabkan aku cuti panjang, jadi antara keja aku nya duk mengekori parents aku p jln2 umh sedara jauh n dekat. Hum, berkesempatan pegi umh atuk sedara yang kali last rasanya 8 tahun lalu aku ke rumahnya. Banyak yang berubah. Ingatan aku pada rumahnya masih ada tapi samar2.  Keadaan sekitar rumah pun banyak dah berubah. Jika dulunya rumah dia sebuah kat sana sekarang dah jadi kawasan perumahan pula. Nasib baik parents still ingat jalan ke rumahnya. Nak harapkan aku n siblings yang lain hampeh. Semua x ingat jalan. Kalaulah parents aku dah xder nanti rasanya aku adik beradik x pergi kot umh sedara mara yang jauh2 sbb xingat jln n  dah kenal sedara mara. Lau setakat mak sedara n sepupu insyaallah still kenal lagi. Tapi lau anak sepupu, tuk sedara, sepupu mak aku, n sedara yang jauh rasanya dah xkenal lagi.  
Silapnya, bila makin dewasa n berkeluarga sudah jarang berjumpa. Hari raya pun dah kurang amalan kunjung mengunjung. Bila mak ajak  p umh sedara xnak ikut. Snggup lepak n kuar ngan kawan2. Bila raya menghadap televisyen , kalau ada tetamu datang keluar salam then terus masuk bilik. Bila ada kenduri-kendara datang makan lepas tu blah. Xder nak borak lama2 tanya khabar semua.   Akulah salah seorang yang  perangai macam 2..huhu

P/s:  Harapnya kita tahu susur galur keturunan kita n sentiasa mengingati sedara mara yang jauh dan juga dekat. Semoga ikatan silaturahim antara kita berkekalan~ Amin.

Thursday, August 18, 2011

~keliru~


Semakin saya cuba untuk melupakan seseorg itu, semakin kuat ingatan saya pada dia.
Semakin kerap saya mendengar namanya, semakin kerap berjumpa dan ternampak fotonya ,semakin buat hati saya jadi sangat-sangat sakit pula.
Duhai haty, bertabahlah sayang!
SAYA MAHU LUPAKAN DIA~

Monday, August 1, 2011

~ramadhan~

Sedar xsedar rupanya dah masuk 1 Ramadhan.. cepat sgt2 masa berlalu.. Ramadhan kali ni agak bertuah juga dapat berpuasa selama sebulan dekat umh ~jgn jelezzzzzz haha~ dah lama x puasa kat umh sejak masuk Sek Men.. selalulunya  sempat b’puasa kat umh seminggu pun dah kira bertuah... Baru masuk 1 Ramadhan, tapi menu b’sahur n berbuka puasa dah penuh dlm kepala... *_*..   aiyokkkkkk ingt makan ajer keje aku ni kan.. huhu   Yang xboleh nak blah sekali abang n akak2 n adik aku yg berada jauh dari umh siap dah order lagi pe yang makan.. Fuhhh nak baliknya lambat lagi tapi siap dah call ckp nak balik bila , nak mkn apa, nak sahur apa, nak kuih apa...uisshhh cayalah, ni yang buat bapak aku naik hangin asyik makan ajer kerja anak2 dia ni kan.. ~lalalala~ 
Sebenarnya kan ku n siblings ni semua cam ada satu habit tau...lau x dpt b’puasa kat umh selalunya kami akan call satu sama lain tnya sahur ngn apa, buka ngn apa, duk bt apa... lps 2 ptg2 dlm kul 5 ptg pakat call umh tanya orang kat umh masak apa, ma buat lauk apa,yang bongsu puasa x. Lps berbuka plak tgh2 mlm ckit call tnya pegi terawih ker, esk sahur nak mkn apa, bangun kul berapa, Ceh, semua nak ambik tanya.. Yang x tahannya, pagi sebelum subuh call lagi tanya mkn apa, bgun kul berapa, saper bgn saper x. ish2,kasihan mak aku kena jwb solan sama dari 5 orang anak dia setiap hari. .tapi xper, 2 tandanya kami sentiasa mengingati umh..~home sweet home kan...~  ^_^
SO, kesimpulannya SEMOGA  RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA!! PERTINGKATKAN AMAL IBADAT KITA DAN BERUSAHA MENCARI LEBIH BANYAK GANJARAN DI BULAN YANG MULIA INI....

P/s: Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua... azam aku sempena ramadhan kali ini harap akan tercapai..AMIN.