Tuesday, August 23, 2011

~jalan2~


Alhamdulillah cuti sem kali ni agak gembira sbb diberi peluang utk berkunjung dan menziarahi sanak -saudara. Sebenarnya agak lama dah X pegi umh sedara mara . Selalunya hanya parents n adik yang bongsu ajer lau pegi pun. Tapi disebabkan aku cuti panjang, jadi antara keja aku nya duk mengekori parents aku p jln2 umh sedara jauh n dekat. Hum, berkesempatan pegi umh atuk sedara yang kali last rasanya 8 tahun lalu aku ke rumahnya. Banyak yang berubah. Ingatan aku pada rumahnya masih ada tapi samar2.  Keadaan sekitar rumah pun banyak dah berubah. Jika dulunya rumah dia sebuah kat sana sekarang dah jadi kawasan perumahan pula. Nasib baik parents still ingat jalan ke rumahnya. Nak harapkan aku n siblings yang lain hampeh. Semua x ingat jalan. Kalaulah parents aku dah xder nanti rasanya aku adik beradik x pergi kot umh sedara mara yang jauh2 sbb xingat jln n  dah kenal sedara mara. Lau setakat mak sedara n sepupu insyaallah still kenal lagi. Tapi lau anak sepupu, tuk sedara, sepupu mak aku, n sedara yang jauh rasanya dah xkenal lagi.  
Silapnya, bila makin dewasa n berkeluarga sudah jarang berjumpa. Hari raya pun dah kurang amalan kunjung mengunjung. Bila mak ajak  p umh sedara xnak ikut. Snggup lepak n kuar ngan kawan2. Bila raya menghadap televisyen , kalau ada tetamu datang keluar salam then terus masuk bilik. Bila ada kenduri-kendara datang makan lepas tu blah. Xder nak borak lama2 tanya khabar semua.   Akulah salah seorang yang  perangai macam 2..huhu

P/s:  Harapnya kita tahu susur galur keturunan kita n sentiasa mengingati sedara mara yang jauh dan juga dekat. Semoga ikatan silaturahim antara kita berkekalan~ Amin.

No comments:

Post a Comment