Saturday, August 17, 2013

--suatu ketika--

2013-08-17


I meet him again...



After 5 years...

Kata orang cinta pertama sukar dilupakan...

Apatah lagi jatuh cinta di usia muda..

Cinta monyet katakan...

Tapi, siapa kata cinta monyet  tak ke jinjang pelamin??..

Ada, ada yg jodoh mereka kekal ke akhir hayat...


Aku & Dia,


Segalanya beda....

Umur, pendidikan, latar belakang, hobi, pekerjaan semuanya tak sama..

Terlalu banyak rintangan dan onak duri perlu dilalui untuk bersama namun adakah segalanya berbaloi??



5 tahun memendam rasa rindu *Alangkah berdosanya rindu pd yg tidak halal buat diri ini*

Kenapa perlu muncul kembali?

Kenapa perlu ada pertemuan?

Kenapa perlu kita berjumpa?

Kenapa kau tak berpura seolah kau telah lupakan aku?

Kenapa hati ini rasa berdebar-debar bila bertentang mata kita berdua?

Sungguh aku benci perasaan ini...

Kenapa perlu kembali setelah sekian lama aku cuba mengubati luka ini shngga 
meninggalkan parut, kenapa kau kembali untuk membuat parut itu berdarh kembli?


..Kita..


Mendengar jeritan dari teman memanggil nama kau terus hati ini ibarat berhenti berdenyut...

Alangkah baiknya jika kau tak muncul wlpn dalam diam aku ttp berharap...

Kemunculan kau hanya akan membuatkan parut aku brdarah kembali dan harapan menjadi setinggi gunung... Sedangkan aku tak pasti pnamat antara kita..

Kadang2 aku berharap biarlah kau bahagia dengan jalan yang kau pilih, aku lepskan dan aku berharap aku tidak akan pernah bertemu kau lagi..

Kenapa kau boleh seolah2 tiada berlaku apa2?

Mungkin lebih cepat kau mencari jalan hidup dan kebahagian diri kau akan membuatkan aku lebih tenang dan redha untuk menerima bahawa kau tercipta bukan untuk ku..

Sesungguhpun hati ini pasrah, kita mungkin tak akan berjodoh sebagai suami isteri, namun harapanku selama 5 tahun tidak pernah pudar.

 Namun, 5 tahun menyulam rasa keseorangan tanpa ada kepastian terasa ibarat aku menunggu bulan jatuh ke riba, aku melompat mencapai bintang.

Kini, sedrlah aku cukuplah 5 taun berteka teki, aku pasrah.

Akan ku cuba lupakn kau dan semoga kau bahagia dengan kehidupan sekarang...

Jika 5 tahun kita boleh tidak bertembung, lebih elok selepas ini jangan kau muncul di hadapan ku lagi. Andaikata kita terserempak, pergilah jangan tegur aku seolah olah kau tidak pernah mengenali insan ini.Aku pasti akan mmbuat perkara yang sama juga...


Selamat Tinggal utk pnantian 5 tahun dan selamat datang untuk kehidupan yang baru...

Semoga kebahagian ttap menjadi milik kau dan aku walau kita terpisah jua.

Seandaikan kita ditakdirrkan bersama, sejauh mana kita menolak pasti akan bersama..



Jodoh Itu Rahsia Allah SWT.



1 comment:

  1. putus cinta mmg sakit kan leaya. tapi menanti 5 tahun masa yg pnjang. saya doakan jodoh kamu berkekalan.
    -intan

    ReplyDelete